Kadang-kala ku terdetik dan terbayang sesuatu di benak tunas minda ku. Ku terfikir, mengapa manusia di dunia ini memiliki ragam dan piagam mereka tersendiri. Mereka berbeda antara satu sama lain. Pabila di jadikan ia secara logiknya, benar. Setiap manusia amat berbeda antara satu sama lain. Secara fizikalnya mahupun sebaliknya. Apakah yang disebaliknya? Hati. Ya, hati. Adalah lumrah setiap hati dan perasaan manusia di hadapan kita sekarang ini semuanya berbeda dan tidak dapat di identifikasikan secara nyatanya. Cuba kau identifikasikan hati dan perasaan rakan berada di hadapan kau yang sedang tidur dengan nyenyaknya. Kau semestinya pasti dapat meneliti raut wajahnya yang sedang nyenyak di alimunan awangan fantasi maya itu, namun dapatkah kau merasakan perasaan hati yang sedang di alami nya ketika itu? Complicated bukan? Cuba pula kau bayangi pemikiran mindanya, dapatkah kau menelaah apa yang difikirkan dan dibayangkannya dengan secara rawak? Sudah pasti impossible bagimu dan juga bagiku. Dari dahulu lagi aku terpingin benar untuk menelaah pemikiran setiap manusia di persekitaran ku, mahu benar mengetahui apa yang sedang mereka fikirkan. Malah juga dengan rakan-rakan ku sendiri dan juga teman rapatku juga, begitu busy body ku ingin tahu apakah yang mereka sedang fikir dan bayangkan tanpa mengekspresskannya secara oral di dalam apa jua konversasi harian. Manusia, sudah begitu normal dan basi sekali jika mahu dispesifikasikan sebagai makhluk yang boleh bermuka dua mahupun bermuka innocent. Tidak ku nafikan, manusia ini gemar berhipokrit lebih-lebih lagi dalam mengejar agenda duniawi. Setiap ungkapan yang mereka lafazkan sebenar-benarnya bohong belaka jika dibelekkan semula dengan isi hati dan pemikiran akal secara jujurnya. Entahlah, manusia di dunia kini sungguh mudah benar terpengaruh dengan perangai syaitan yang suka bersenohong, beriak-riak dan mendaulatkan keagungan personaliti sendiri, mereka lebih gemar berpesta hipokrasi. Untuk apa? Tiada gunanya untuk berperilaku sebegitu kerna akhirnya nanti agenda duniawi kau takkan ke mana dan tiada titik penghujungnya. Alangkah baiknya jika aku jadi seperti Edward Cullen di dalam movie Twilight, dapat membaca fikiran manusia yang jahat mahupun yang baik belaka. Alangkahnya.. Ku bukan apa, bukan mahu jadi insan berjiwa malaikat di sini, cuma mahu menyampaikan isi hati dan runsingan jiwa yang telah lama ku peramkan selama ini. Ku lebih gemar mengobserve manusia secara diam-diam kecil daripada besar-besar melantangkan diri.
Entahlah, ku penat untuk memerah anak akalku untuk berfikir dan mengurut papan lappy ku lagi malam ini.
Jumpa ku di atas bulan mengambang...
No comments:
Post a Comment