Monday, August 23, 2010

Tak Perlu Kau Hadir Di Dalam Mimpi Gelap Ku Lagi Si Mawar Khayalan

Tak perlu kau hadir di dalam mimpi gelapku lagi Si Mawar Khayalan. Untuk apa? Aku tahu kau mungkin takkan pernah mengerti. Jiwaku yang rabak kini hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa peritnya aku terpaksa menampung dan menahan berat kepiluan hati ku pada ketika dahulu. Perlu kah? Perlu kah kau bertanyakan khabar yang sememangnya sudah berhening lamanya tidak kau dengari dan tidak ku mahu khabari. Dahulu aku buntu, aku kecewa kerna aku telah diperdungukan dengan permainan jiwamu walaupun kita cuma hanya teman sekarib. Karib kah kau menganggap ku? Aku gusar..Telah ku harungi hari demi hariku pada ketika itu dengan tabah dan penuh harapan baru dan akhirnya aku berjaya tenang dengan tatapan sinaran kegembiraan yang aku miliki kini sehingga....
mimpi gelapku kembali dikelami dengan asapan khayalan hitam mu. Jiwa hati ku tersentap, lidah mulutku terkelu pabila kau hadir secara tiba-tiba di luar jangkaan firasat ku setelah setahun kita berdiam diri tanpa apa-apa updates. Ku tahu pada mulanya kau bilang konversasi kita pada waktu itu agak menjengkelkan. Ia, memang benar kerna aku juga merasa begitu. Namun benak luluh hatiku berkata jangan ku tumpas dengan bayangan kelibat khayalan kau yang sekian lama berhalimunankan persoalan kosong yang tidak ku tahu di manakah titik hujungnya. Mungkin benar, mungkin kau tiba-tiba terdetik untuk mengingati aku seketika   pada hari lahir kau ini tetapi mengapa baru hari ini kau mahu mengingatkannya? Ahh, hanya sekadar 'Panggilan Percuma', ku tidak heran! Adakah kau hanya mahu melontarkan satu pertanyaan yang bahawa kini aku sudah gembira dengan hidup ku yang baru? Atau ia hanya satu perlian semata-mata? Aku terkesima, pandai pula kau mempaparazzikan diri kau menghidu perkembangan terbaru ku. Haha, memang diri ku terasa begitu terjenaka dengan kau. Ahh, jangan kau runsingkan lagi jiwa dan minda ku secara luhurnya. Sudah lahh, aku tidak mahu lagi bermuka lagi dengan dilemma khayalan aku yang ku rasakan tiada pengakhirannya. Ku sudah cukup syukur dan bahagia dengan hidup ku kini dan ku harap kau pun sudah cukup bahagia dengan alam kehidupan kau; 
Si Mawar Khayalan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...